SOALAN LAZIM

Member ID: M91-M-403467

S: Siapa Tone Excel Sdn Bhd (861591-U)?
J: Tone Excel Sdn Bhd (861591-U) adalah sebuah syarikat yang telah ditubuhkan pada tahun 2009, bertujuan untuk meneroka ke dalam industri mudah alih di Malaysia. Tone Excel menggabungkan pengalaman dan kepakaran daripada insurans, pemasaran rangkaian dan perkhidmatan kewangan untuk merumuskan saluran dan strategi baru, seterusnya memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana hasil (pendapatan).


B-2-8 & B-3-8,
Jalan 3/149E, Taman Sri Indah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Website: www.toneexcel.com

S: Apakah teras perniagaan ini?
J: Perniagaan ini secara asasnya berkonsep perniagaan berperingkat (Multi-Level-Marketing), namun dengan plan pemasaran yang unik, ianya bukan MLM semata-mata. Sebagai ejen, anda boleh menjual simkad handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai dan rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari ToneExcel.

S: Berapa modal diperlukan untuk menjalankan perniagaan ini?
J: Cukup rendah iaitu RM90 sahaja dimana modal tersebut adalah untuk membeli simkad TuneTalk-ToneExcel (yang mengandungi kredit tersedia sebanyak RM30) dan yuran pendaftaran. Jika diperhalusi, modal anda cuma RM60 sahaja kerana anda menerima semula RM30 dalam bentuk airtime yang boleh anda gunakan untuk membuat panggilan dan SMS.



S: Bagaimanakah hendak mendaftar menjadi agen?
J: Untuk menjadi agen, anda perlulah membeli simkad TuneTalk-ToneExcel terlebih dahulu. Sesudah itu, anda perlu mengaktifkannya untuk mendapatkan member ID. Apabila sudah menerima member ID, anda secara automatik sudah menjadi agen ToneExcel.

S: Dimana saya boleh membeli simkad TuneTalk-ToneExcel?
J: Di ToneExcel2u.tk, anda boleh membeli simkad terus daripada kami dan kami juga akan menghantarnya terus kepada anda menggunakan pos laju atau pos ekspress. Boleh rujuk halaman sertai (klik sini) jika anda ingin membuat pembelian terus daripada kami.

S: Bagaimana dengan nombor, boleh pilih atau tidak?
J: Simkad adalah free number. Nombor (4 digit akhir) boleh dipilih yang akan disertakan semasa membuat pengaktifan simkad. Diberi 3 pilihan dan pihak TuneTalk-TE akan mendaftarkan nombor pilihan yang masih valid mengikut keutamaan. Jika ketiga-tiga nombor pilihan sudah habis didaftarkan, TuneTalk-TE akan memberi nombor lain yang hampir dengan nombor pilihan yang diminta. Anda juga boleh tukar nombor yang diberi jika ianya tidak berkenan di hati anda, namun caj sebanyak RM5 dikenakan. Nombor TuneTalk-TE ini bermula dengan nombor 010 atau 0111.

S: Apa yang perlu saya lakukan setelah menerima simkad tersebut?
J: Anda perlu mengaktifkannya. Jika anda membeli simkad daripada kami dan mendaftar sebagai agen secara langsung dengan kami, kami dengan baik hatinya akan sertakan panduan bercetak yang lengkap bagaimana cara pengaktifan simkad tersebut.

S: Bagaimana hendak mengaktifkan simkad?
J: Mudah saja dan anda boleh lakukannya sendiri. Hanya hantar SMS mengikut format pengaktifan (sekaligus pendaftaran sebagai agen) ke server. Cara lengkap bagaimana hendak mengaktifkan simkad TuneTalk-ToneExcel boleh rujuk DI SINI.

Jika risau berlaku kesilapan (kerana sistem akan tolak pendaftaran jika format salah atau kandungan SMS mengelirukan), anda boleh hantar SMS percubaan (sama seperti yang hendak dihantar ke server) kepada kami terlebih dahulu untuk semakan.

S: Saya sudah membuat pengaktifan simkad, bagaimana saya tahu yang saya telah didaftarkan?
J: Selepas membuat pengaktifan simkad (sekaligus pendaftaran sebagai agen), anda perlu menunggu SMS pengesahan daripada syarikat yang akan memaklumkan kepada anda bahawa pengaktifan simkad dan pendaftaran anda telah berjaya. Pendaftaran berjaya apabila anda menerima SMS pengesahan daripada syarikat yang mana pada SMS tersebut terkandung no ID anda. Proses ini mengambil masa sekitar 10 minit (dan mungkin lewat disebabkan pengaktifan dan pendaftaran yang banyak).

S: Bolehkan saya menggunakan simkad Tunetalk-ToneExcel tapi menggunakan no lama?
J: Ya, anda boleh menggunakan simkad TuneTalk-ToneExcel dan kekalkan nombor lama. Caranya anda perlu buat port-in (syarikat akan buatkan, anda cuma perlu hantar SMS). Namun begitu, nombor IC semasa pendaftaran nombor lama haruslah sama dengan nombor IC yang didaftarkan dengan TuneTalk-ToneExcel. Jika tidak sama, port-in tidak dapat dibuat.

Dan jangan tidak tahu, jika anda kekalkan nombor lama dalam tempoh promosi cabutan bertuah tahunan (2014) ToneExcel, anda berpeluang untuk memenangi sebuah kereta, motosikal, iPad atau mungkin wang tunai. Lihat gambar di bawah:-



S: Dimana saya boleh mendapatkan topup TuneTalk-ToneExcel?
J: Anda boleh membeli topup dimana-mana kedai telekomunikasi yang menjual topup TuneTalk di seluruh Malaysia atau stesen minyak yang menggunakan e-pay. Boleh juga beli secara online melalui Maybank2u, CimbClick atau RHB.




S: Bagaimana dengan signal TuneTalk-ToneExcel ini?
J: Untuk pengetahuan, TuneTalk-ToneExcel menggunakan prasarana Celcom sepenuhnya. Maka dengan itu, signal TuneTalk-ToneExcel adalah sama dengan Celcom. Jika dikawasan itu ada line Celcom, maka line TuneTalk juga ada.

S: Berapa rate panggilan dan SMS TuneTalk-ToneExcel ini?
J: Masih dalam kadar yang boleh dikatakan murah iaitu panggilan 28sen seminit dan 10sen/SMS ke semua rangkaian seluruh Malaysia. Charge ini adalah flat rate yang pastinya tidak akan mengelirukan anda.

S: Saya bekerja/belajar dan tidak mempunyai banyak masa untuk perniagaan ini, bagaimana hendak mengurusnya?

J: Ramai daripada mereka yang menjalankan perniagaan ini bekerja atau belajar sepenuh masa. Ini bukanlah penghalang kepada anda untuk berjaya kerana konsep perniagaan ini membolehkan anda menguruskannya secara sambilan. Ingat, tiada barang yang perlu diangkut dan disimpan di gudang, tidak perlu menyewa premis perniagaan, tidak perlu melawat rumah ke rumah. Anda boleh lakukan ikut masa anda walaupun hanya dari meja makan di dapur rumah anda.

Tambahan pula anda akan diberi website promosi percuma (SEPERTI INI) yang boleh anda promosikan secara online, sekaligus menjadi jurucakap bagi pihak anda. Hanya kongsikan kat laman sosial seperti Facebook, Twitter, G+ dan di mana saja malah anda boleh mengiklankannya secara online di website-website pengiklanan percuma atau di blog-blog yang mempunyai ramai pelawat. Kami juga melakukan kaedah promosi ini kerana kami bekerja sepenuh masa.

S: Adakah saya perlu mempunyai akaun bank untuk berurus niaga?
J: Secara am-nya, ya. Ini kerana, syarikat memerlukan akaun bank anda untuk mereka membuat pembayaran bonus yang dilakukan setiap bulan. Jika belum ada, bolehlah buka akaun bank baru di mana-mana bank yang anda suka. Dicadangkan Maybank atau CIMB. Namun begitu, anda boleh juga menggunakan akaun orang lain (cth: akaun suami/isteri).

S: Apakah yang perlu saya lakukan jika ingin mendaftarkan Agent?
J: Kerja anda hanyalah mempromosikan dan memperkenalkan simkad kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Mereka beli simkad kemudian hantar SMS pengaktifan dengan menyertakan ID anda dan selesai. Anda tidak perlu bersusah-payah melakukan proses mendaftarkan agent baru kerana ianya akan dilakukan oleh pihak syarikat.

S: Jika saya tidak menaja, adakah saya akan mendapat bonus?
J: Rasionalnya, tidak. Anda perlu menaja untuk mendapatkan bonus seperti yang ditawarkan .Sebenarnya tidak susah hendak menaja kerana anda boleh ajak ibu/ayah, suami/isteri, anak-anak dan adik beradik untuk bertukar dan menggunakan simkad TuneTalk-ToneExcel.

Namun begitu, sebagai pengguna TuneTalk-ToneExcel anda tetap mendapat kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan seperti insuran kemalangan bernilai RM100,000 percuma, program mata ganjaran (points reward) yang membolehkan anda menebus tiket AirAsia, airtime ataupun smartphone.

Rujuk lebih banyak keistimewaan di halaman utama.

CARA MUDAH MENJANA PENDAPATAN MELALUI HANDPHONE

Kunci kepada pulangan dan pendapatan bonus bulanan sehingga 4 ke 5 angka adalah terletak kepada tajaan. Ini kerana, dengan pelan pendapatan referral topup bonus yang ditawarkan oleh ToneExcel, akan sampai satu masa dimana anda TIDAK BOLEH MENOLAK bonus yang masuk ke akaun bank anda setiap bulan. Dikala itu anda tidak perlu lagi bersusah-payah di pejabat. Sebaliknya hanya goyang kaki di rumah bersama keluarga. Tiada yang mustahil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan